Friday, January 22, 2010

untuk kawan2...

Salam Saudaraku,

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni
ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak,
seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan
senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik
berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di
hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah
berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam
bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran
baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang ' betul-betul ,
dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga
nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html
Selain penting untuk sah sembahyang, ia
juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.
Mudah-mudahan dengan 'menjaga ' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan
terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html
Surah ini, katanya surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna
buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun.
http://www.usc..edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html
Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah
Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam
zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang
betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin
kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata
pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku ' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang
saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti
ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT)
dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu
ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak
kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak
cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda,
kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat,
susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta
diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau
tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar
saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra ' ......!

Take a break.......meditate...3 minutes & calm your mind...

Surah Al-Ikhlas.
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. ' Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang
hajat;
3. ' Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan;
4. ' Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya ' .

No comments: