Monday, December 28, 2009

welcome to CHili the Great

kerana sudi mencemar Duli ke iNcOmpLEte.





Welcome~

Tuesday, December 22, 2009

Citarum River

JAKARTA - Ketika seluruh dunia kini memberi fokus pada sidang kemuncak global mengenai perubahan iklim di Copenhagen pada 7 Disember ini, pemerintah Indonesia bergelut untuk membersihkan imej sebatang sungai di Pulau Jawa yang dianggap paling kotor di bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebahagain Sungai Citarum sepanjang 322 kilometer itu amat kotor kerana ia dipenuhi pelbagai jenis sampah.

Namun, sungai itu membekalkan lebih 80 peratus bekalan air untuk penduduk Jakarta.

Pada tahun lalu, Bank Pembangunan Asia meluluskan pinjaman berjumlah AS$500 juta (RM1.69 bilion) untuk membiayai kerja-kerja pembersihan di sungai itu. - Agensi (kosmo online 5 dis 2009)


kotor ke x??? tgk la sendiri kayuh sampan pn bkan atas air lg, atas sampah, nie la nasib Sungai Citarum, Jakarta.
Sumber Pencemaran: korang bleh pikir sendiri dtang dri mana.
80% air untk daily use dtang dri sungai nie, bleh korng imagine cmne diaorg guna air 2???.
AS$500j belum tentu dapat selesaikan masalah nie, klu setiap manusia masih lg xtau nk buang sampah or pekakkn telinga, butakn mata dalam hal nie or memang sengaja buang sampah merata-rata or memang da keturunan diaorg yg xtau nilai ciptaan tuhan...

Pikir La Sendiri
Bukak Skit Mata Untuk Tgk Alam nie
Alam nie Bukan Untuk Kita Aje Zaman Nie
Anak Cucu Kita Nk Guna Apa Zaman Depan
Kalau Kita Da Musnahkn Semua
Siap Sedia La nk Kena Maki Hamun, Sumpah Seranah
Ngan Anak Cucu Sendiri








Sunday, December 20, 2009

TAHNIAH

kepada mereka-mereka yang melonjakkan keputusan sem 1 2009/2010. Gile skema ayat aku.




Dah lama x singgah kat sini rasanya.

Apa pun, aku dengan ikhlas hati nak wish kat semua aquatic students. Bukan kat sesiapa yg dapat dean list je, tp kat semua yang result ada kemajuan dari yang lepas-lepas.

Usaha la untuk 1 sem lagi.

All the Best~