Friday, January 22, 2010

KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA


Bagaimana yang dikatakan lelaki itu "Cantik"... dan bagaimana pulak yang
dikatakan wanita itu "Gagah"?? Cuba kita fikirkan ...

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun yang berbisa.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan diri dan org sekelilingnya.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan
itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang
lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan
perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan..
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah
Al-Ahzab : Ayat 71 Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

1 comment:

motivation Hijacked said...

kalo lelaki yg berMadu kira cantik jgk x?