Thursday, March 19, 2009

Andainya Cinta Itu Yang Hendak Diberi

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.
Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut(baik) dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan ke
rana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah
menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air mukanya. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

Doa untuk mendapat suami yang soleh:

ALLAHUMMA SA’KHIRLI ZAUJAN SOLIHAN YAKHTIBUNI WAYATAZAUWAJUBI WAYAKUNU SAHIBANLI FIDDUNYA WALJANNNAH”

" YA ALLAH, KURNIAKANLAH AKU SUAMI YANG SOLEH, YANG MEMINANG DAN MENIKAHI AKU, DAN JADIKANLAH DIA TEMANKU DI DUNIA DAN DI SYURGA-MU"


p/s: aku mendoakan kawan2ku m'dpt suami yg soleh @ isteri yang solehah, serta anak2 yang boleh menjadi penyejuk dimata. semoga Allah memberkati diri kita semua..Ameen

p/s2:sesaje je post ni..jgn kata dri ini gatal nak kawin pulak. xde kena mengena pn

7 comments:

iEmahRAzak said...

semua utk kebaikan..
at least dapat 1 lagi doa..

nong said...

weh cmne plak doa untuk daptkn isteri yg solehah???

Umar Mujahid said...

mai pakat2 amal2kan doa ni.salah satu sbb seseorang pompuan sng masuk syurga ialah menta'ati suaminya(jd isteri solehah)

Umar Mujahid said...

nanti aku tanya ustaz ye doa utk dpt isteri solehah. tp aku ade doa yang Nabi Daud a.s.selalu amalkan : ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

NiSa AdNaN said...

kerap bebenor aila post bout laki bini loni teh...oyak la aila...x yoh slindung2 lagi...lalala...

Umar Mujahid said...

xde kaitan pn ng idup sy. share jah. jom g pagi ni demi COP KOLEJ.

NiSa AdNaN said...

bakpo aila x joget takdinyo? hahaha