Monday, February 13, 2012
to all pakcik2 and makcik2 akuatik...
Saturday, January 28, 2012
Wednesday, November 23, 2011
The truth revealed...
Who's missing me right now?
=> i don't want to loose my powerful writing skill. So, i have to do this!
:P
Monday, October 31, 2011
Hai pakcik and makcik akuatikkk... :)
hai pakcik and makcik akuatik.. lamenyeee tak dengar ceriteeee....
saye dalam peyut mak saye ni.. umor dh 5 bulan.. jadi... kepade pakcik and makcik yg dh keje dan jugak yg duduk kat kuar negare tu( taiwan), bleh laa cari kan sumthing specel untuk saye.. maklumlaa... saye ni kan anak sulung dalam famili akuatik ni ha... hahahahahahaha
Wednesday, April 6, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Monday, December 27, 2010
Umi's Wedd @ Kuching
Notakaki: Semua gambar yang di hapdate adalah untuk tontongan rakan taulan semua. Sama-sama lah kita mendoakan supaya mereka berdua akan bahagia dan kekal hingga akhir hayat.
AMin~
Sunday, October 31, 2010
Majlis Perkahwinan Umi&Adib
Assalamualaikum....
Saye dengan berbahagianye ingin menjemput rakan2 akuatik yg dikasihi sekalian :) ; syafiq, allie, audrey, shah, cassy, chilli, emmy, farah, tirah, gee, allen, king ming, hui lay, geok sia, sikin, amal, atiq, orkid, imah, runin, sarmila&venu, masila, safura, Gg, vict, aila, nisha, abet, jenal, jenol, kirah, shuk, grace, sanip, naza, amy lay; untuk hadir ke majlis perkahwinan saye pada 27/11/2010 bertempat di kediaman ayahanda n bonda tercinta di 43, persiaran pelangi 3, taman sri pelangi 3, kuala kangsar, perak. di harap, dengan kehadiran rakan2 akan menceriakan lagi suasana n mengeratkan hubungan silaturrahim sesame kite.. salam~
Tuesday, October 19, 2010
Aquatic Graduation Dinner 2010
Wednesday, September 29, 2010
selamat bergraduat kawan2...
kawan2 akuatik...
selamat bergraduat.. hahaha.. kepade sesape yg tak dpt pengesahan senat smpi skang, better korg cepat2 kol fakulti tny ape masalah korg... huahahaha....
nyway, nanti tgkp gmbo bebanyak keyh?? letak la jugak dlm blog ni ha...
kepade sesape yg tak g convo nanti, nak ucapkan tahniah jugak...
rindu kat korang.... ;)
selamat bergraduat.. hahaha.. kepade sesape yg tak dpt pengesahan senat smpi skang, better korg cepat2 kol fakulti tny ape masalah korg... huahahaha....
nyway, nanti tgkp gmbo bebanyak keyh?? letak la jugak dlm blog ni ha...
kepade sesape yg tak g convo nanti, nak ucapkan tahniah jugak...
rindu kat korang.... ;)
Tuesday, September 28, 2010
Saturday, August 28, 2010
winner and loser...
tbe2 terbace 1 poem ni kat internet.. n tbe2 trase nak sgt2 share ngn kengkawan akuatik.. huhu... untuk jadikan renungan kepada kite semua.. supaya apabila kite berada kat atas, kite tak lupe kat ape yg org bawah mampu buat untuk kite... sebenarnye.. nilah dunia sebenar... sbb tu kadang2 kite dgr org yg berjaye tu jatuh ke tangan org yg gagal.. knp??? haaa~ lu pk la sendrii.... kat bawah ni ade sikit poem.. tentang diri seseorg tu apabila die ada kat atas, n apabila die ada kat bawah.. tadaaa~
A Winner makes commitments;
A Loser makes promises.
Winners have dreams;
Losers have schemes.
Winners say, "I must do something";
Losers say, "Something must be done."
Winners are a part of the team;
Losers are apart from the team.
Winners see
the gain;
Losers see the pain.
Winners see possibilities;
Losers see problems.
Winners believe in win-win;
Losers believe for them to win someone has to lose.
A Loser makes promises.
Winners have dreams;
Losers have schemes.
Winners say, "I must do something";
Losers say, "Something must be done."
Winners are a part of the team;
Losers are apart from the team.
Winners see
the gain;
Losers see the pain.
Winners see possibilities;
Losers see problems.
Winners believe in win-win;
Losers believe for them to win someone has to lose.
Saturday, July 24, 2010
Tahniah
Dengan suka cita di maklum kan bahawa Saudara Shahril Naqiuddin, Saudara Wan Zabidi dan Saudari Emy Goh Ling Ling berjaya ditawarkan ke NTOU untuk meneruskan perjalanan mereka dalam menuntut ilmu.
Saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan ALL THE BEST :)
Saya akan terus merindui kalian...
Saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan ALL THE BEST :)
Saya akan terus merindui kalian...
Monday, July 12, 2010
Sila tunaikan tanggungjawab anda.
3.9 juta Melayu tidak daftar mengundi - satu petunjuk bahaya!
Ketika penulis mula menitipkan artikel ini, baru sahaja terbaca satu berita yang boleh dianggap penting di laman web Utusan Online. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendedahkan bahawa 80% atau kira-kira 3.9 juta daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih, adalah orang Melayu.Bukan sahaja angka 3.9 juta Melayu itu yang menjadi perhatian, bahkan kaji selidik yang dijalankan SPR juga mendedahkan sikap ignorant golongan muda Melayu di negara ini terhadap soal-soal kenegaraan. Ramai responden memberi alasan yang amat keanak-anakan bunyinya - tidak berminat, malas, terlalu sibuk, tak tahu di mana dan bagaimana untuk mendaftar, dan bermacam-macam lagi.
Alasan tidak tahu tempat mendaftar adalah yang paling tidak boleh diterima akal kerana SPR telah dan sedang menjalankan pelbagai bentuk kempen dan promosi untuk menyedarkan golongan ini akan tanggungjawab mereka. Dengan nada separuh menyindir, Pengerusi SPR membidas golongan ini yang dikatakannya tidak tahu tempat mereka boleh mendaftar sebagai pemilih, tetapi cepat pula tahu di mana mereka boleh membeli tiket-tiket wayang dan konsert artis!
Seterusnya Pengerusi SPR mendedahkan komitmen tinggi golongan muda bukan Melayu dalam mendaftar sebagai pengundi - komitmen yang bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan 3.9 juta Melayu itu.
Sikap enggan mengundi dalam pilihanraya ini amatlah menjengkelkan kita, dan alasan tidak berminat pula menunjukkan sedikit-sebanyak sikap hipokrit golongan ini. Apabila orang lain bersembang tentang isu-isu semasa, mereka pun ikut berdegar-degar juga tetapi apabila dituntut bertanggungjawab sebagai warganegara yang berhak menentukan masa depan negara sebagai seorang pengundi, mereka enggan.
Yang lebih signifikan, disebabkan ramainya Melayu yang layak mengundi tetapi enggan mendaftar sebagai pemilih, komposisi kaum dalam daftar pemilih kini tidak boleh lagi dianggap mewakili komposisi sebenar penduduk (21 tahun ke atas) negara kini. Dengan kata lain, komposisi pengundi Melayu dalam daftar pemilih secara tidak langsung menjadi lebih kecil daripada komposisi sebenar Melayu dalam kumpulan penduduk dewasa menurut daftar banci negara.
Apa yang boleh dirumuskan daripada perbandingan ini? Rumusannya, suara Melayu dalam proses demokrasi negara ini menjadi under-represented, iaitu terkurang daripada yang sepatutnya. Kita harus ingat, parti-parti politik biasanya lebih bergantung kepada komposisi kaum dalam daftar pemilih berbanding data penduduk dewasa dalam daftar banci, dalam menentukan calon daripada kaum manakah yang terbaik untuk dipertandingkan di satu-satu kawasan pilihanraya itu. Bolehlah dianggap bahawa banyak kawasan pilihanraya yang sepatutnya menjadi kawasan majoriti Melayu, kini menjadi “kawasan 50-50” akibat ramainya Melayu yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar.
Apabila dilihat penentuan calon pilihanraya baik daripada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang, penentuan calon pilihanraya di kebanyakan kawasan 50-50 ini memihak kepada calon bukan Melayu. Satu contoh kawasan 50-50 yang diberi kepada calon Melayu ialah kawasan Parlimen Johor Bahru, itupun kerana faktor sejarah bandaraya itu sebagai tempat tertubuhnya UMNO. Selain Johor Bahru, amat sedikit kawasan 50-50 yang dipertandingkan calon Melayu. Bayangkan saja betapa Melayu telah kehilangan suara yang sepatutnya dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini belum mengambilkira beberapa kawasan majoriti Melayu yang signifikan (60% atau lebih) tetapi dipertandingkan calon bukan Melayu atas beberapa sebab yang lebih diketahui parti-parti politik berkenaan. Sekadar menyebut beberapa contoh – Parlimen Alor Star (Kedah), Padang Serai (Kedah), Bukit Gantang (Perak), dan Kota Raja (Selangor). Bercakap tentang kawasan-kawasan minoriti Melayu pula, boleh dikatakan tiada yang dipertandingkan calon-calon Melayu.
Penulis tidak sama sekali bermaksud hendak bermain api, lebih-lebih lagi dalam hal yang melibatkan kaum seperti ini. Apa yang ingin ditekankan penulis dalam artikel ini ialah betapa perwakilan suara Melayu dalam sistem demokrasi negara telah jatuh di bawah tahap yang sepatutnya. Lebih mendukacitakan, keadaan ini disebabkan 3.9 juta Melayu yang layak tetapi enggan mendaftar sebagai pemilih.
Mungkin golongan Melayu yang tidak mendaftar ini mendakwa kononnya mereka berhak untuk tidak terlibat dalam proses demokrasi negara. Jawapan saya untuk membidas dakwaan ini ialah orang Melayu berhak mendapat perwakilan yang lebih adil dalam sistem demokrasi negara – dan ini hanya boleh menjadi kenyataan jika semua Melayu yang layak, mendaftar sebagai pemilih. Terjadinya under-representation masyarakat Melayu dalam sistem demokrasi kita adalah disebabkan sikap ignorant 3.9 juta orang ini – malangnya mereka tidak sedikitpun berasa bersalah, jauh sekali bertanggungjawab.
Kepada golongan ini, ingin penulis memberi peringatan – salahkan diri sendri jika anda mendapati kuasa menentukan masa depan negara kelak lebih banyak bergantung kepada kaum-kaum lain!
source: http://mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5841
ok. kalo korg malas nak bace panjang2 kat atas tu, meh cni aku tlg summarizekan:
- bilangan bumiputera (MELAYU + BUMIPUTERA SABAH + SARAWAK) yg masih belom daftar mengundi masih lagi sangat2 rendah jika dibandingkan dgn kaum lain (CINA+INDIA+etc.) sedangkan kita adalah MAJORITI di negara ini. keadaan ini boleh menyebabkan kita merempat di negara sendiri sekiranya kuasa politik dipegang oleh kaum2 lain.
- x daftar = x dpt mengundi = ramai kaum lain jd wakil rakyat = kabinet dorg pegang = suara masalah kita x didengari = perubahan dasar kerajaan = bumiputera semakin mundur dan ketinggalan dlm ekonomi = merempat di negara sendiri.
- aku bukan nak bersikap racist, juz nak mintak korg sume kawan2 aku yg masing2 dah berumur lebih 21 tahun ni pegi cepat2 utk daftar mengundi dan tunaikan tanggungjawab kita sbg rakyat Malaysia je. senang je. aku dah g daftar kt pejabat pos Jitra, FREE, juz tunjuk ic je kat kaunter. x sampai 5 minit pun. settle! so sape2 yg nak g renew lesen ke bli setem ke, pos brg ke ape kate korg g daftar mengundi skali kat situ k.
- so, bile korg dah daftar mengundi, x kisah la korang nk undi bulan ke bintang ke kati ke dacing ke roket je bulan sabit ke parti cap ayam ke yg penting korg daftar dulu k. aku pun menyampah n benci bab2 politik ni, lagi2 kalo tgk dlm tv dorg yg bergaduh2 kat parlimen mcm bergaduh kat pasar tu. dah la tua, bodoh. cmne la org2 muda mcm kita nk respek dorg? bangang. tp daftar tetap daftar utk masa depan kita k. Peace!
Sunday, June 13, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Jalan2 crik benda yg mengarut...
Tuesday, March 2, 2010
Important Date
23 April 2010
Coastal Fisheries Management (9.00 am - 12.00 pm)
Location: TR 2
24 April 2010
Introduction to Business Management (2.00 pm - 4.00 pm)
Location: CAIS lama
27 April 2010
EIA (9.00 am -12.00 pm)
Location: East Campus
29 April 2010
Coastal Zone Management (2.00 pm - 5.00 pm)
Location: TR 4
30 April 2010
Submission of FYP Report (to Dr. Ruhana)
Location: *Main Office
*10 - 14 May 2010
Final Year Project Presentation
Location : NIL
*Subject to change
Coastal Fisheries Management (9.00 am - 12.00 pm)
Location: TR 2
24 April 2010
Introduction to Business Management (2.00 pm - 4.00 pm)
Location: CAIS lama
27 April 2010
EIA (9.00 am -12.00 pm)
Location: East Campus
29 April 2010
Coastal Zone Management (2.00 pm - 5.00 pm)
Location: TR 4
30 April 2010
Submission of FYP Report (to Dr. Ruhana)
Location: *Main Office
*10 - 14 May 2010
Final Year Project Presentation
Location : NIL
*Subject to change
Friday, February 26, 2010
Salam Maulidur Rasul
Sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W..
Dikesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan salam Takziah kepada Engku Muhd. Sukri atas kehilangan ibu beliau pada petang khamis (25hb Februari 2010).
Semoga ibu beliau di tempatkan bersama-sama orang-orang mukmin.
Amin~
Dikesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan salam Takziah kepada Engku Muhd. Sukri atas kehilangan ibu beliau pada petang khamis (25hb Februari 2010).
Semoga ibu beliau di tempatkan bersama-sama orang-orang mukmin.
Amin~
Subscribe to:
Posts (Atom)



























