Monday, July 12, 2010

Sila tunaikan tanggungjawab anda.

3.9 juta Melayu tidak daftar mengundi - satu petunjuk bahaya!
Ketika penulis mula menitipkan artikel ini, baru sahaja terbaca satu berita yang boleh dianggap penting di laman web Utusan Online. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendedahkan bahawa 80% atau kira-kira 3.9 juta daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih, adalah orang Melayu.

Bukan sahaja angka 3.9 juta Melayu itu yang menjadi perhatian, bahkan kaji selidik yang dijalankan SPR juga mendedahkan sikap ignorant golongan muda Melayu di negara ini terhadap soal-soal kenegaraan. Ramai responden memberi alasan yang amat keanak-anakan bunyinya - tidak berminat, malas, terlalu sibuk, tak tahu di mana dan bagaimana untuk mendaftar, dan bermacam-macam lagi.


Alasan tidak tahu tempat mendaftar adalah yang paling tidak boleh diterima akal kerana SPR telah dan sedang menjalankan pelbagai bentuk kempen dan promosi untuk menyedarkan golongan ini akan tanggungjawab mereka. Dengan nada separuh menyindir, Pengerusi SPR membidas golongan ini yang dikatakannya tidak tahu tempat mereka boleh mendaftar sebagai pemilih, tetapi cepat pula tahu di mana mereka boleh membeli tiket-tiket wayang dan konsert artis!

Seterusnya Pengerusi SPR mendedahkan komitmen tinggi golongan muda bukan Melayu dalam mendaftar sebagai pengundi - komitmen yang bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan 3.9 juta Melayu itu.

Sikap enggan mengundi dalam pilihanraya ini amatlah menjengkelkan kita, dan alasan tidak berminat pula menunjukkan sedikit-sebanyak sikap hipokrit golongan ini. Apabila orang lain bersembang tentang isu-isu semasa, mereka pun ikut berdegar-degar juga tetapi apabila dituntut bertanggungjawab sebagai warganegara yang berhak menentukan masa depan negara sebagai seorang pengundi, mereka enggan.

Yang lebih signifikan, disebabkan ramainya Melayu yang layak mengundi tetapi enggan mendaftar sebagai pemilih, komposisi kaum dalam daftar pemilih kini tidak boleh lagi dianggap mewakili komposisi sebenar penduduk (21 tahun ke atas) negara kini. Dengan kata lain, komposisi pengundi Melayu dalam daftar pemilih secara tidak langsung menjadi lebih kecil daripada komposisi sebenar Melayu dalam kumpulan penduduk dewasa menurut daftar banci negara.

Apa yang boleh dirumuskan daripada perbandingan ini? Rumusannya, suara Melayu dalam proses demokrasi negara ini menjadi under-represented, iaitu terkurang daripada yang sepatutnya. Kita harus ingat, parti-parti politik biasanya lebih bergantung kepada komposisi kaum dalam daftar pemilih berbanding data penduduk dewasa dalam daftar banci, dalam menentukan calon daripada kaum manakah yang terbaik untuk dipertandingkan di satu-satu kawasan pilihanraya itu. Bolehlah dianggap bahawa banyak kawasan pilihanraya yang sepatutnya menjadi kawasan majoriti Melayu, kini menjadi “kawasan 50-50” akibat ramainya Melayu yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar.

Apabila dilihat penentuan calon pilihanraya baik daripada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang, penentuan calon pilihanraya di kebanyakan kawasan 50-50 ini memihak kepada calon bukan Melayu. Satu contoh kawasan 50-50 yang diberi kepada calon Melayu ialah kawasan Parlimen Johor Bahru, itupun kerana faktor sejarah bandaraya itu sebagai tempat tertubuhnya UMNO. Selain Johor Bahru, amat sedikit kawasan 50-50 yang dipertandingkan calon Melayu. Bayangkan saja betapa Melayu telah kehilangan suara yang sepatutnya dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini belum mengambilkira beberapa kawasan majoriti Melayu yang signifikan (60% atau lebih) tetapi dipertandingkan calon bukan Melayu atas beberapa sebab yang lebih diketahui parti-parti politik berkenaan. Sekadar menyebut beberapa contoh – Parlimen Alor Star (Kedah), Padang Serai (Kedah), Bukit Gantang (Perak), dan Kota Raja (Selangor). Bercakap tentang kawasan-kawasan minoriti Melayu pula, boleh dikatakan tiada yang dipertandingkan calon-calon Melayu.

Penulis tidak sama sekali bermaksud hendak bermain api, lebih-lebih lagi dalam hal yang melibatkan kaum seperti ini. Apa yang ingin ditekankan penulis dalam artikel ini ialah betapa perwakilan suara Melayu dalam sistem demokrasi negara telah jatuh di bawah tahap yang sepatutnya. Lebih mendukacitakan, keadaan ini disebabkan 3.9 juta Melayu yang layak tetapi enggan mendaftar sebagai pemilih.

Mungkin golongan Melayu yang tidak mendaftar ini mendakwa kononnya mereka berhak untuk tidak terlibat dalam proses demokrasi negara. Jawapan saya untuk membidas dakwaan ini ialah orang Melayu berhak mendapat perwakilan yang lebih adil dalam sistem demokrasi negara – dan ini hanya boleh menjadi kenyataan jika semua Melayu yang layak, mendaftar sebagai pemilih. Terjadinya under-representation masyarakat Melayu dalam sistem demokrasi kita adalah disebabkan sikap ignorant 3.9 juta orang ini – malangnya mereka tidak sedikitpun berasa bersalah, jauh sekali bertanggungjawab.

Kepada golongan ini, ingin penulis memberi peringatan – salahkan diri sendri jika anda mendapati kuasa menentukan masa depan negara kelak lebih banyak bergantung kepada kaum-kaum lain!

source: http://mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5841



ok. kalo korg malas nak bace panjang2 kat atas tu, meh cni aku tlg summarizekan:

  • bilangan bumiputera (MELAYU + BUMIPUTERA SABAH + SARAWAK) yg masih belom daftar mengundi masih lagi sangat2 rendah jika dibandingkan dgn kaum lain (CINA+INDIA+etc.) sedangkan kita adalah MAJORITI di negara ini. keadaan ini boleh menyebabkan kita merempat di negara sendiri sekiranya kuasa politik dipegang oleh kaum2 lain.

  • x daftar = x dpt mengundi = ramai kaum lain jd wakil rakyat = kabinet dorg pegang = suara masalah kita x didengari = perubahan dasar kerajaan = bumiputera semakin mundur dan ketinggalan dlm ekonomi = merempat di negara sendiri.

  • aku bukan nak bersikap racist, juz nak mintak korg sume kawan2 aku yg masing2 dah berumur lebih 21 tahun ni pegi cepat2 utk daftar mengundi dan tunaikan tanggungjawab kita sbg rakyat Malaysia je. senang je. aku dah g daftar kt pejabat pos Jitra, FREE, juz tunjuk ic je kat kaunter. x sampai 5 minit pun. settle! so sape2 yg nak g renew lesen ke bli setem ke, pos brg ke ape kate korg g daftar mengundi skali kat situ k.

  • so, bile korg dah daftar mengundi, x kisah la korang nk undi bulan ke bintang ke kati ke dacing ke roket je bulan sabit ke parti cap ayam ke yg penting korg daftar dulu k. aku pun menyampah n benci bab2 politik ni, lagi2 kalo tgk dlm tv dorg yg bergaduh2 kat parlimen mcm bergaduh kat pasar tu. dah la tua, bodoh. cmne la org2 muda mcm kita nk respek dorg? bangang. tp daftar tetap daftar utk masa depan kita k. Peace!

5 comments:

iEmahRazak said...

ya!! Hidup sapik! cepat2 gi daftar. Nanti bila sampai seru, tengok generasi kita plak yang buat pembaharuan dalam politik dan kerajaan malaysia.

Sapik jadi wakil rakyat Jitra. AKu sokong!

sapik said...

imah, ko da daftar blom? kalo blom cpt2 g daftar k. hehe. aku x minat la nak terlibat dlm politik ni. janji pegi tunaikan tanggungjawab mengundi pun da cukup la.
org muda skang ni jenis x amik port lgsg dlm hal2 ni, susah jugak camtu. pegi mengundi pun kira dah cukup bagus la.

iEmahRazak said...

Errrk.. sebenarnya aku terasa ngan pe yang ko tulis tu. kena batang hidung sendiri weh. Hahaha..
Aku bukan x nak tunaikan tanggungjawab, tapi x tau sapa yang benar aku nak pilih..

Huhuhuhu~

sapik said...

bab memilih tu jgn fikir dulu, yg penting DAFTAR.

:)

umi cik biah said...

ala.. aku dapat keje nanti br aku nak daftar n nak ngundi.. :P